Saturday

Bengkel Kemahiran ASAS PETA MINDA

Assalamualaikum.
.
Program Cuti Sekolah Untuk Pelajar 9-14 Tahun.
.
Wise Maneuver Solution menganjurkan;
Bengkel Kemahiran ASAS PETA MINDA
.
Trainer;
Izhan Wise Maneuver
.
Tarikh: Khamis 15 Dis. 2016
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang.

.
Lokasi: AlFalah Training Centre, Bandar Satelit Pasir Tumboh, Kota Bharu Kelantan. (Bersebelahan KFC Pasir Tumboh)
.
Yuran;
Daftar seorang RM45/peserta
Daftar 2 orang atau lebih Rm40/peserta.
Untuk pendaftaran, whatsapp segera "PETA MINDA" ke;
Hotline 019-2024131
atau emel ke;
wise.maneuver.solution@gmail.com ;
Eksklusif untuk 25 orang peserta sahaja.
Tawaran ISTIMEWA "Yuran Early Bird";
RM35/Peserta
*Daftar dan bayar pada atau sebelum 10 DIS 2016



08.45 pagi:       Pendaftaran Peserta

09.00 pagi:       Taklimat: Keajaiban Otak Manusia
  
09.45 pagi:       Slot 1: Asas Pemetaan Minda
  
10.45 pagi:       Rehat Minum Pagi
  
11.15 pagi:       Slot 2: Praktikal Kemahiran Pemetaan Minda
  
12.30 tghari:    Rehat, Makan Tengahari, Solat Zohor

 02.00 petang: Slot 3: Praktikal Kemahiran Pemetaan Minda (sambungan)
  
03.00 petang:  Slot 4: Nilai Tambah Kemahiran Pemetaan Minda
  
04.00 petang:  Minum Petang & Solat Asar
  
04.40 petang:  Penutup
  
05.00 petang:  Bersurai

Monday

Bengkel Kemahiran PENGURUSAN SUMBER KELUARGA MENGGUNAKAN PLANNER PERIBADI WMS

Kehidupan berkeluarga  lebih BAHAGIA bila serabut hilang!

Ayuh sertai Bengkel Kemahiran PENGURUSAN SUMBER KELUARGA MENGGUNAKAN PLANNER PERIBADI WMS.

Planner Peribadi WMS akan memudahkan anda!

  • Mudah MEREKOD penggunaan
  • Mudah MENYEMAK penggunaan
  • Mudah MENILAI status kestabilan
  • Mudah MERANCANG pengagihan
  • Mudah MEMANTAU prestasi penggunaan

Semua ini akan didedahkan dalam Bengkel 3 Jam menerusi slot berikut;
  • Analisis Forensik Corak Pengurusan Sumber Keluarga Anda
  • Pengurusan Sumber Menggunakan Planner Peribadi WMS
  • Kehidupan Berkat, Keluarga Bahagia

Mengapa Planner Peribadi WMS Sangat ISTIMEWA?
  • Ringkas (Saiz A4)
  • Padat (Format Bulanan)
  • Gambaran Holistik (Perancangan Tahunan)
  • Efektif (Kotak Peringatan)
  • Anjal (Ikut Keperluan Peribadi)
  • Tips (Motivasi Diri)

Tawaran YURAN PROMOSI
Hanya RM200 untuk Bengkel 3 Jam
*untuk organisasi/institusi/persatuan di sekitar negeri Kelantan.
** Yuran untuk luar negeri Kelantan boleh dirunding.

Hubungi SEGERA untuk tempahan sesi bengkel;
019.2024131 (SmS/Whatsapp)
wise.maneuver.solution@gmail.com






Bengkel TOT Pekerja Belia, 16-17 Mac 2016

Alhamdulillah amanah untuk menjayakan Bengkel TOT Pekerja Belia telah dapat dilaksanakan bersama dengan tim gabungan iaitu Encik Mohd Affendi Othman, Perunding Utama AtTayseer Solutions.

Bengkel TOT ini bertemakan "Pemerkasaan Profesionalisme Dan Kemahiran Methodologi Dakwah" telah berlangsung selama dua hari satu malam. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan tahap kemampuan peserta melaksanakan amanah dengan profesional serta menguasai kaedah dan pendekatan dakwah bersifat kontemporari.


Pada sesi pertama, para peserta berkongsi harapan dan jangkaan mereka terhadap Bengkel TOT yang dihadiri. Pada masa yang sama menyingkap latar belakang penglibatan mereka dalam bidang ini.


Sesi seterusnya membincangkan aspek profesionalisme dari perspektif Islam dengan menyingkap dan mengambil iktibar daripada kisah-kisah daripada Al-Quran. Antaranya kisah Nabi Musa, kisah Nabi Yusuf dan kisah Raja Talut.

Sesi seterusnya ialah memfokuskan pada kemahiran membuat analisis karakter. Peserta dilatih untuk mengenalpasti karakter diri sendiri. Kemahiran ini juga akan digunakan untuk mengenalpasti karakter klien atau sasaran dakwah.


Pada sebelah petang, aktiviti perbincangan santai berkisar pada fokus minda cakna inspirasi alam dilaksanakan di tepi pantai. Selain merehatkan minda, udara dan angin laut yang bertiup mewujudkan kesegaran pada peserta.


Sesi sebelah malam pula difokuskan pada aktiviti perkongsian pengalaman di kalangan peserta. Perkongsian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan terbaik yang boleh dicontohi apabila menghadapi situasi atau cabaran yang sama.


Alhamdulillah, Al Fadhil Ustaz Muhamad Hilmie Hj Mat Daud iaitu pegawai daripada Jabatan Agama sudi untuk turut serta menjayakan sesi perkongsian pengalaman ini. 


Hari kedua bermula dengan solat subuh secara berjamaah. Aktiviti seterusnya ialah pengembaraan minda bertujuan untuk membawa peserta mengimbau kembali asal usul kejadian mereka. Seterusnya mereka juga dibimbing untuk meninjau dan meneroka masa hadapan yang bakal mereka lalui.


Seterusnya para peserta dipecahkan mengikut kumpulan untuk menyempurnakan tugasan menggubal pelan tindakan. Setiap kumpulan diberikan tajuk yang khusus untuk dibincangkan bersama ahli kumpulan masing-masing.


Setiap kumpulan diberikan peluang untuk membentangkan idea dan hasil perbincangan kumpulan masing-masing. Audien pula diberikan peluang untuk memberi respon pada pembentangan  setiap kumpulan sama ada berbentuk persoalan, pendapat atau cadangan.



Hasil pembentangan semua kumpulan dirumuskan menjadi resolusi atau cadangan tindakan untuk Bengkel TOT ini.



Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Al Fadhil Ustaz Anuar Al Sadat iaitu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAHEAIK. Turut hadir ialah Encik Azimi iatu pegawai daripada Jabatan Belia & Sukan Negeri Kelantan.

Kami mendoakan para peserta sekalian dipermudahkan urusan dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang besar ini.

Bengkel TOT Naqib & Naqibah MRSM Jeli, 25 & 26 Februari 2016

Alhamdulillah Bengkel TOT untuk Naqib dan Naqibah MRSM Jeli telah dapat disempurnakan pada 25 dan 26 Februari 2016.

Kami sangat berbesar hati kerana Yang Berusaha Bonda Pengetua sendiri sudi meluangkan masa untuk menyempurnakan acara perasmian Bengkel TOT yang diadakan disurau selepas sama-sama solat Isyak secara berjamaah.

Slot pada hari kedua yang diadakan di bilik seminar memfokuskan perbincangan berkaitan perancangan awal untuk melaksanakan usrah.

Usrah akan dilaksanakan dengan menggunakan Modul Usrah Pelajar Mithali. Modul ini digubal khusus untuk memenuhi keperluan dan menepati realiti pelajar di MRSM.

Naqib dan Naqibah seterusnya dibimbing untuk merangka "Usrah Plan" iaitu panduan secara langkah demi langkah untuk melaksanakan sesi usrah dengan cekap dan berkesan.

Para Naqib dan Naqibah dipecahkan dalam beberapa kumpulan kecil dan diberikan tugasan untuk menggubal "Usrah Plan" berdasarkan tajuk yang telah ditetapkan.


Seterusnya setiap kumpulan diberikan peluang untuk membuat perkongsian dengan membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing. Pembentangan dibuat dengan menggunakan pendekatan Peta Minda.

Pembentangan ini memberi peluang untuk para Naqib dan Naqibah bukan sahaja membiasakan diri untuk mengendalikan usrah, bahkan dapat berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan dengan tajuk-tajuk yang dibentangkan oleh rakan-rakan yang lain.

Kami doakan program usrah yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga pelajar di MRSM Jeli bukan sahaja cemerlang aspek akademik, malahan turut cemerlang sahsiahnya.

Setinggi-tinggi penghargaan buat pihak pentadbir MRSM Jeli dan juga para Ustaz dan Ustazah yang bertungkus lumus menjayakan Bengkel TOT.

Sunday

Bagaimana Membentuk Personaliti Pelajar Cemerlang UPSR & Tips Kejayaan UPSR, 20 Jan 2016


Alhamdulillah dapat bersama-sama dengan calon-calon UPSR Sekolah Kebangsaan Batu Melintang, Jeli dalam program motivasi pelajar UPSR.


Lokasi SKBM yang terletak berhampiran dengan Gunung Reng sungguh mendamaikan. Fokus perbincangan program ini ialah bagaimana kaedah untuk membentuk personaliti pelajar cemerlang khususnya dalam peperiksaan UPSR nanti.

Pelajar didedahkan dengan konsep multi kepintaran (multiple intelligent) iaitu setiap seorang individu mempunyai kelebihan dan kepintarannya sendiri. Kepintaran ini mesti dikenalpasti untuk membolehkan potensi sebenar pelajar dicungkil dan digilap.

Seterusnya para pelajar dibimbing untuk merangka pelan tindakan sebagai pelajar cemerlang dengan menggunakan pendekatan Kanvas Model Berlian (Diamond Model Canvas). Aktiviti menggubal pelan tindakan ini dilaksanakan secara berkumpulan.

Pada penghujung slot, setiap kumpulan diberikan peluang untuk membentangkan hasil idea dan perbincangan kumpulan masing-masing dengan menggunakan lakaran Kanvas Model Berlian yang telah dibuat di atas kertas majong.

Walaupun pelajar ini masih muda dan berada di peringkat sekolah rendah, namun hasil pembentangan mereka sangat baik. Setiap elemen Kanvas Model Berlian berjaya dihayati oleh setiap kumpulan yang membuat pembentangan.

Sebagai bekalan untuk menempuh pelbagai cabaran demi menggapai sebuah kejayaan, saya tinggalkan "Kunci Kejayaan" sebagai buat mereka. Lima kunci ini menjadi prasyarat utama untuk mencapai kejayaan yang sebenar.

Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada pihak pentadbir SKBM khususnya Tuan Guru Besar dan juga Ustaz dan Ustazah serta para guru yang bertungkus lumus untuk sama-sama menjayakan program yang telah dirancang dengan lancar.

Saya mendoakan para pelajar SKBM dipermudahkan oleh Allah SWT untuk mencapai kejayaan yang dihajati dan seterusnya mendapat keberkatan serta kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Thursday

TOT Speaker IBRAH 1.0 (19 - 20 September 2015)

Alhamdulillah berpeluang menambah kemahiran dan pengetahuan dengan menyertai program Train The Trainer Speaker IBRAH 1.0 yang dikendalikan oleh Tuan Syaari Abdul Rahman dan tim.


Program TOT atau TTT merupakan medan untuk menggilap kemahiran sedia ada dan juga peluang untuk mengemaskini ilmu yang dimiliki.


Singkatan kepada akronim I.B.R.A.H. ialah
I: Ingat
B: Berusaha memahami
R: Rapatkan kisah
A: Analisis sikap
H: Hasilkan cadangan


"Unlearn & Relearn" mungkin istilah yang tepat untuk menghadam teknik atau formula IBRAH yang dikongsikan secara langkah demi langkah. Bagi sesiapa yang masih tercari-cari format atau kerangka untuk membina dan menyalurkan idea, saya cadangkan untuk mencuba Kaedah IBRAH.


Tugasan untuk setiap peserta, menyampaikan tajuk yang telah diberi dalam tempoh tujuh minit sahaja dengan menggunakan format IBRAH. Tugasan ini dirakam dan diupload ke laman Youtube. 



Buat sahabat-sahabat sekursus yang baru berkenalan dalam program ini, semoga ukhwah kita berpanjangan. Tibalah masanya untuk mempraktikkan formula IBRAH dalam penyampaian. Bak kata Ustaz Syaari: "Mari sama-sama kita selamatkan Malaysia...".


Wednesday

Kursus Metodologi & Komunikasi Dakwah Guru Takmir Kelantan, 14 September 2015


Alhamdulillah dapat melaksanakan amanah mengendalikan slot-slot pada hari kedua Kursus Metodologi & Komunikasi Dakwah bersama-sama dengan guru-guru takmir daripada seluruh negeri Kelantan.


Perbincangan dimulakan dengan memfokuskan pada realiti-realiti semasa yang perlu dihadapi oleh pendakwah, khususnya perubahan dan kemodenan segi wasilah serta alat informasi dan juga komunikasi

Seterusnya para peserta dibahagikan ke dalam kumpulan kecil untuk sesi bengkel yang memfokuskan perbincangan berkaitan isu-isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru takmir di medan dakwah. Bengkel dikendalikan menggunakan pendekatan ulasan artikel terpilih.




Sesi petang fokuskan untuk menggilap keupayaan dan kemampuan para peserta dalam kemahiran penyampaian atau komunikasi secara berkesan. Slot ini menggunakan pendekatan analisis klip video penceramah ikon. 10 elemen utama penyampaikan berkesan dijadikan topik perbincangan.




Diskusi dalam bengkel yang terakhir pada sebelah malam difokuskan untuk menggubal pelan tindakan penambahbaikan diri untuk menjadi Guru Takmir Mithali. Pada masa yang sama turut menggariskan "Do's and Don'ts dalam Dakwah" untuk dijadikan sebagai panduan bersama.




Sebagaimana bengkel yang sebelumnya, setiap kumpulan diberikan peluang untuk membentangkan isi-isi utama hasil perbincangan masing-masing untuk dikongsi kebaikannya bersama dengan kumpulan yang lain.



Setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Ameer Azeezy Abu Abdullah dan Tim PPMJ yang memudahcara program dengan sangat profesional dan penuh dedikasi. Semoga usaha kita ini dapat menyemarakkan lagi usaha dakwah dalam masyarakat insyaAllah.