Saturday

Ziarah Hijrah Bersama PAJ Ke Asrama Bakti Machang, 3 November 2014

Alhamdulillah dapat bersama dalam program anjuran Pejabat Agama Jajahan Machang iaitu Ziarah Hijrah Pegawai Agama Jajahan ke Asrama Bakti
Bergandingan bersama Al Fadhil Ustaz Mohamad Hilmie Hj Mat Daud sebagai panelis dalam membicarakan topik hijrah.
Sesi seterusnya ialah para penghuni Rumah Bakti bersama-sama mengalunkan nasyid dengan tema hijrah dengan dipimpin oleh Ustaz Abdulah.
Sesi terakhir ialah penyampaian sumbangan oleh Pegawai Agama Jajahan kepada para penghuni Rumah Bakti.
Inisiatif terpuji untuk menyantuni anak-anak yatim perlu diteruskan dari masa ke semasa sebagai salah satu usaha untuk menghidupkan sunnah prihatin terhadap golongan asnaf ini.

Friday

Program Tajdid @ School, 2 November 2014

Alhamdulillah Program Tajdid @ School berjaya dilaksanakan bersama-sama dengan pelajar dari SMU(A) Al-Hasaniah, Machang Kelantan.

Fokus program adalah untuk membantu peserta melihat potensi diri yang boleh dibangunkan pada masa hadapan. Peserta dipecahkan mengikut kumpulan untuk melaksanakan aktiviti yang telah disusun.
Terima kasih kepada Tuan Ahmad Zaki yang di atas perkongsian ilmu dan pengalaman sebagai seorang usahawan yang semakin bertapak kukuh.
Peserta diajak untuk meneropong masa hadapan mereka dan membina impian yang ingin dicapai pada masa akan datang.
Respons dan maklumbalas daripada peserta menunjukkan tahap kesungguhan mereka untuk membina impian dan berusaha untuk mencapainya. Merekalah generasi harapan kita.


Thursday

Bengkel Remaja Iman Masjid Bukit Tiu 18 Okt 2014

Alhamdulillah Bengkel Remaja Iman anjuran Pejabat Agama Jajahan Machang (PAJM) dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Machang telah dilaksanakan di Masjid Bukit Tiu, Machang.


Slot pertama dikendalikan oleh Encik Jalaluddeen iaitu pegawai AADK yang berkongsi maklumat penting berkaitan dengan ancaman dadah terhadap remaja.


Saya diamanahkan untuk mengendalikan slot yang kedua iaitu fokus kepada jati diri sebagai remaja. Seterusnya peserta dibimbing untuk merancang masa depan dengan menggunakan kaedah Kanvas Model Berlian (KMB)


Peserta telah diberi tugasan untuk diselesaikan secara berkumpulan. Hasil perbincangan iaitu berkaitan dengan perancangan untuk menghindarkan diri dari gejala sosial perlu dicatat pada kertas majong dengan menggunakan format Kanvas Model Berlian.


Setelah selesai tugasan berkumpulan, mereka diminta untuk mempersembahkan hasilnya di depan semua peserta yang lain.


Persembahan hasil perbincangan ini juga bertujuan untuk membentuk keyakinan para peserta untuk membuat pengucapan awam.


Alhamdulillah setiap kumpulan dapat membentangkan hasil perbincangan mereka secara ringkas.


Acara seterusnya ialah ucapan oleh Ketua Pegawai AADK Daerah Machang iaitu Encik Azahari Abdullah. Beliau telah menyampaikan nasihat kepada peserta supaya sentiasa memikirkan masa depan mereka sendiri.


Acara terakhir ialah ucapan perasmian program oleh Al Fadhil Ustaz Mohamad Hilmie Hj Mat Daud iaitu Pegawai Agama Jajahan Machang. Beliau mengingatkan para peserta amanah yang dipikul sebagai remaja Islam dan menjelaskan ciri-ciri utama remaja dari perspektif Islam.


Sesi bergambar diadakan sebelum sama-sama menunaikan solat zohor secara berjamaah.


Alhamdulillah penganjuran bengkel telah mendapat liputan oleh akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan.



Wednesday

Slot Sentuhan Qalbu 17 Oktober 2014

Alhamdulillah amanah untuk mengendalikan Slot Sentuhan Qalbu dalam Kem Motivasi Kelas Bimbingan YPM - MRSM Jeli telah dapat disempurnakan dengan jayanya. 


Kem ini telah diadakan di PCB Resort Kota Bharu. Peserta-pesertanya adalah pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)


Peserta kem didedahkan dengan konsep insan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi sebagai mukaddimah penyampaian.


Penyampaian turut menyentuh berkaitan konsep dan pengertian qalbu dalam kehidupan seoarang insan bergelar muslim. Antara perkara yang ditekankan ialah konsep "tazkiah" iatu penyucian hati daripada unsur-unsur yang boleh memudharatkannya.


Kemuncak pada slot Sentuhan Qalbu ialah peserta dibimbing untuk berfikir dan menginsafi diri dengan menggunakan kaedah pengembaraan minda (minda travel). Pengembaraan bermula dengan mengimbau kembali kejadian sebagai manusia satu dimensi ke satu dimensi sehingga berjaya untuk meneroka ke dimensi masa hadapan.



Setinggi-tinggi penghargaan buat tenaga pendidik dari MRSM yang telah bekerja keras melaksanakan amanah sebagai urusetia kem.

Menerima cenderahati daripada Cikgu Azmi selaku Penyelaras Kem Motivasi