Friday

Kursus Pengurusan Kewangan Berlandaskan Syariah ILIM, 20 Januari 2015

Alhamdulillah amanah untuk melaksanakan slot bertajuk Wang: Konsep & Isu Berkaitan telah dapat dilaksanakan dalam kursus anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi.
Perbincangan dimulakan dengan mengimbau kembali proses perkembangan dan evolusi yang berlaku terhadap wang sejak dahulu sehinggalah sekarang
Kefahaman terhadap sejarah dan evolusi wang dapat membantu peserta untuk membuat analisis dan penilaian terhadap sistem kewangan yang diamalkan pada masa sekarang.
Peserta didedahkan dengan beberapa isu utama yang sering diperkatakan dalam penggunaan mata wang ringgit dalam realiti dan keadaan semasa.
Perbincangan turut menyentuh berkaitan usul dan cadangan daripada Sarjana Ekonomi Islam di Malaysia untuk menggunakan Dinar Emas sebagai alternatif pada mata wang sedia ada.