Wednesday

Tazkirah Kerohanian Majlis Letak Kerja SMKNS Besut, 11 Februari 2015

Alhamdulillah amanah untuk melaksanakan Tazkirah Kerohanian dalam Program Majlis Letak Kerja, Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah, Besut Terengganu talah dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Program dimulakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha dan tilawah Al Quran oleh seluruh warga SMKNS di dewan besar sekolah.
Fokus tazkirah kerohanian ialah berkaitan dengan ilmu dan tanggungjawab pelajar untuk menimba ilmu sebagai bekalan kehidupan di dunia dan akhirat.
Pelajar juga dibimbing untuk membina set minda yang tepat untuk memaksimumkan potensi diri semasa berada di alam persekolahan.
Akhirnya, para pelajar diajak untuk cuba meneropong impian dan keadaan mereka pada masa hadapan sebagai langkah awal untuk melakukan usaha mencapai cita-cita.