Saturday

Slot Pengurusan Masa & Pengurusan Kewangan, Kursus Pra Perkahwinan PAJM 4 Ogos 2015



Alhamdulillah dapat menyempurnakan slot Pengurusan Kewangan & Pengurusan Masa dalam Kursus Pra Perkahwinan anjuran Pejabat Agama Jajahan Machang (PAJM) bersama dengan bakal pengantin sekitar Jajahan Machang.


Perancangan kewangan dan perancangan masa mempunyai kaitan yang sangat rapat. Justeru, saya mengemukakan kaedah Perancangan Bulanan (Monthly Planner) sebagai medium untuk membantu peserta merancang kewangan dan masa.


Kesempatan ini saya manfaatkan untuk berpesan kepada bakal pengantin supaya membersihkan diri daripada sebarang unsur yang berkait dengan RIBA sebagai persediaan untuk membina mahligai rumah tangga. Saranan saya, supaya para peserta menggunakan produk kewangan berteraskan Islam sebagai alternatif kepada produk kewangan konvensional


Seterusnya perlu berhati-hati dengan bebanan hutang yang berisiko membelenggu kehidupan sehingga ke akhir hayat. Hutang juga boleh meretakkan hubungan persahabatan dan juga hubungan kekeluargaan.


Saya juga menyeru para bakal pengantin untuk memulakan amalan menabung untuk kesejahteraan masa hadapan. Tabung Haji merupakan salah satu pilihan untuk menabung. Pada masa yang sama boleh menggunakan kemudahan Ar Rahnu untuk menampung keperluan pada kewangan tunai.