Saturday

Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar STPM, SMK Bandar Chiku Gua Musang

Alhamdulillah program bersama-sama pelajar  tingkatan enam atas yang akan mengambil peperiksaan STPM telah berjaya dilaksanakan di SMK Bandar Chiku, Gua Musang.


Perbincangan difokuskan pada persediaan diri pelajar untuk mencapai matlamat dan impian yang telah ditetapkan.


Pemerkasaan potensi diri merupakan salah satu prasyarat utama yang perlu diberikan perhatian oleh setiap pelajar.


Potensi otak dan daya pemikiran yang dianugerahkan kepada setiap orang perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencipta kejayaan.


Belajar dan mengambil iktibar daripada pengalaman orang lain merupakan cara terbaik untuk mencipta kejayaan diri sendiri.


Semoga segala input yang dikongsi bersama dapat dimanfaatkan oleh adik-adik untuk mencipta pelbagai kejayaan pada masa hadapan.