Wednesday

SETIAP PENYAKIT ADA PENAWARNYA



Sesungguhnya  ALLAH  tidak  menurunkan  sesuatu  penyakit  kecuali Dia juga telah menurunkan ubatnya , maka berubatlah kamu” 
(Hadis Riwayat An Nasa’i & Al Hakim)


Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan dia juga menurunkan Ubatnya” 
(Sahih Bukari No. 5354)


Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat tersebut sesuai dengan penyakit, maka ia akan sembuh dengan izin Allah” 
(Sahih Muslim no. 2204)


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman". 
(Surah Yunus, 10:57)




"Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik)". 
(Surah Al-Anbiyaa', 21:84)



"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua". 
(Surah Al-Israa', 17:82)


Friday

WISE MANEUVER SOLUTION (WMS)


Kami adalah sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan memborong, membekal dan mengedarkan produk makanan kesihatan. Antara yang utama ialah produk berasaskan minyak zaitun, habbatus sauda' dan delima.

Operasi dan aktiviti syarikat adalah bersandarkan pada teras berikut:

1. Penambahbaikan diri secara bersepadu dan berterusan. (ISLAH)

2. Perkongsian manfaat makanan kesihatan terpilih untuk kebaikan bersama.(TAAWUN)

3. Pengamalan etika dan gaya muamalah berteraskan Islam.(QUDWAH)

4. Pelaburan amal jariah menerusi perkongsian ilmu.(TAFAHUM)

5. Pengukuhan hubungan silaturrahim.(UKHWAH)


Rasulullah SAW. bersabda:

لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ.

Bukanlah kekayaan pada harta yang melimpah ruah, 
tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kaya jiwa. 

(Hadis Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah) 


 "Kualiti Premium Pada Harga Munasabah"