Tuesday

Bengkel Motivasi Remaja Iman @ Masjid Mukim Hutan Puteh, Machang 24 Mei 2014

Alhamdulillah Wise Maneuver Solution telah berjaya melaksanakan Bengkel Motivasi Remaja Iman di Masjid Mukim Hutan Puteh, Machang, Kelantan. Bengkel ini diadakan khusus untuk remaja berumur 13 tahun ke atas. Bengkel dikendalikan sendiri oleh Perunding Utama Wise Maneuver Solution iaitu Encik Izhan Hamidi bin Ibrahim.

Topik "insan" fokus utama saya
Peserta diberikan pendedahan dan kefahaman tentang konsep "Insan" untuk membantu mereka mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam dan menyedari peranan dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan sebagai insan yang diamanahkan sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi.
Diamond Model Canvas sebagai mekanisme merencana masa depan
Peserta seterusnya dilatih dengan kemahiran untuk menggubal dan melakar Diamond Model Canvas (DMC) atau Kanvas Model Berlian sebagai mekanismeuntuk melakar masa depan mereka sendiri. Diamond Model Canvas merupakan kaedah yang mudah, praktikal dan berkesan untuk merancang secara langkah demi langkah untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Peserta membuat lakaran Diamond Model Canvas

Simetri !!!
Peserta diberi tugasan untuk melakar Diamond Model Canvas mengikut kumpulan masing-masing pada helaian kertas mahjung yang dibekalkan. Langkah pertama ialah membuat lakaran "berlian" serta menandakan setiap segmen berlian tersebut. Seterusnya mereka mula memerah otak untuk membuat pengisian yang bersesuaian.
Bertumas menyiapkan Diamond Model Canvas kumpulan masing-masing

Memerah otak untuk membuat pengisian Diamond Model Canvas

Akhirnya, Diamond Model Canvas sudah hampir siap !!!
Peserta telah diberikan peluang untuk membentangkan hasil kerja mereka kepada audien secara berkumpulan mengikut giliran. Perunding juga mengambil peluang untuk membuat penambahbaikan pada hasil pembentangan mereka.
Membentangkan hasil kerja kumpulan

Majlis Perasmian Penutup oleh Al Fadhil Ust Mohamad Hilmie b Hj Mat Daud 
Sesi terakhir bengkel ialah Majlis Perasmian Penutup oleh Al Fadhil Ustaz Mohamad Hilmie bin Hj Mat Daud iaitu Pegawai Agama Jajahan Machang, Kelantan. Majlis diakhiri dengan acara penyampaian sijil penyertaan kepada setiap peserta.
Acara penyampaian sijil




Bengkel Motivasi Remaja Iman @ Masjid Mukim Jakar, Machang 23 Mei 2014

Alhamdulillah Wise Maneuver Solution telah berjaya melaksanakan amanah untuk mengendalikan Bengkel Motivasi Remaja Iman di Masjid Mukim Jakar, Machang, Kelantan. Bengkel ini dilaksanakan khusus untuk remaja berumur 13 tahun dan ke atas.

Nota Bengkel
Peserta telah dibekalkan dengan fail yang mengandungi nota bengkel, pen dan kertas catatan untuk membantu mereka mengikuti pengisian dan penyampaian bengkel dengan lebih berkesan.

Taklimat
Bengkel dimulakan dengan sesi Taklimat yang menjelaskan matlamat dan rujuan bengkel diadakan. Peserta juga didedahkan dengan beberapa amalan mithali yang dapat membantu mereka menghayati bengkel dengan lebih khusyuk dan juga boleh dijadikan sebagai amalan dalam menjalani kehidupan harian.
Remaja lelaki

Remaja perempuan
Bengkel juga diselang-selikan dengan beberapa aktiviti untuk mengekalkan fokus peserta terhadap pengisian dan penyampaian yang dikongsi. Antara aktiviti tersebut ialah "pulas tangan", "besar!!! kecil!!!" dan uji minda.
Aktiviti "pulas tangan"

Aktiviti "besar!!! kecil!!!"
Peserta seterusnya diberi panduan untuk melakar "Diamond Model Canvas" DMC atau Kanvas Model Berlian sebagai mekanisme untuk mencapai matlamat dan cita-cita. Kefahaman peserta diuji dengan tugasan untuk melakar Diamond Model Canvas secara berkumpulan.
Peserta diberi peluang untuk membentangkan hasil kerja
Setelah tugasan selesai, peserta diberikan peluang untuk berkongsi hasil kerja mereka dengan cara membentangkan di hadapan semua peserta yang lain. Sesi pembentangan juga dijadikan sebagai medan untuk Perunding membuat penambahbaikan pada hasil kerja peserta.
Komentar untuk penambahbaikan hasil kerja

Diamond Model Canvas
Bengkel diakhiri dengan Majlis Penutup dan juga penyampaian sijil yang disempurnakan oleh Al Fadhil Ustaz Mohamad Hilmie Hj Mat Daud iaitu Pegawai Agama Jajahan Machang, Kelantan.
Perasmian Penutup oleh Al Fadhil Ustaz Mohamad Hilmie Hj Mat Daud


Penyampaian sijil



Sunday

Kursus Pengurusan Kewangan Berlandaskan Syariah 18 Mac 2014

Alhamdulillah Wise Maneuver Solution telah menerima jemputan daripada pihak Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) untuk mengendalikan salah satu sesi dalam Kursus Pengurusan Kewangan Berlandaskan Syariah. Kursus ini telah diadakan pada 18 Mac 2014 bertempat di ILIM. Tajuk yang diamanahkan ialah Wang: Konsep & Isu Berkaitan.
Profil Syarikat & Nota Kursus
Perunding Utama WMS sedang mengendalikan sesi
Muka depan nota peserta
Peserta diberikan penerangan proses evolusi yang telah berlaku terhadap wang sejak dari zaman sistem pertukaran atau barter diamalkan sehinggalah ke zaman transaksi secara dalam talian. Kefahaman pada proses dan fasa perkembangan ini boleh membantu peserta memahami dengan lebih mendalam faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan wang.

Proses evolusi wang
Peserta didedahkan berkaitan sejarah dan latar belakang peristiwa yang membawa pada terciptanya wang fiat yang digunakan sehingga sekarang termasuklah di Malaysia. Peristiwa penting yang difokuskan ialah Sistem Bretton Woods dan juga peristiwa Nixon Shock yang telah merubah landskap kewangan dunia. Rentetan sejarah dan peristiwa perubahan ini boleh membantu peserta memahami realiti dan keadaan sebenar sistem kewangan yang sedang kita praktikkan pada masa sekarang dan apakah risiko-risiko yang boleh memberi kesan negatif kepada kita sebagai pengguna wang fiat.

Sejarah wang fiat
Peserta juga dikongsikan dengan beberapa idea alternatif dalam pengurusan kewangan, antaranya ialah memanfaatkan kelebihan emas dan juga kemudahan institusi Ar Rahn sebagai mekanisme untuk pinjaman mikrokredit.
Membaca sumber ilmu pengetahuan
Pada masa yang sama diberi peringatan dengan salah satu cabaran utama yang perlu diwaspadai iaitu cabaran MUFLIS. Data dan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia menunjukkan tahap keseriusan cabaran ini terhadap rakyat Malaysia.

Statistik muflis di Malaysia
Peserta juga diseru untuk sentiasa berusaha dan berikhtiar untuk menguruskan kewangan secara berhemah dengan cara menilai dan menyemak kembali setiap tindakan dan amalan yang dibuat. Ilmu merupakan kunci utama untuk meneroka kaedah pengurusan kewangan yang lebih baik. Proses penambahbaikan secara berterusan pula, akan meminimumkan ancaman dari perkara-perkara yang boleh memberi kesan tidak baik terhadap status kewangan kita.

Usaha dan ikhtiar yang perlu diberi perhatian
Kami mendoakan semua peserta mendapat manfaat dari segala perkongsian ilmu dan pengalaman untuk menguruskan kewangan secara berhemah.