Alhamdulillah Bengkel TOT untuk Naqib dan Naqibah MRSM Jeli telah dapat disempurnakan pada 25 dan 26 Februari 2016.
Kami sangat berbesar hati kerana Yang Berusaha Bonda Pengetua sendiri sudi meluangkan masa untuk menyempurnakan acara perasmian Bengkel TOT yang diadakan disurau selepas sama-sama solat Isyak secara berjamaah.
Slot pada hari kedua yang diadakan di bilik seminar memfokuskan perbincangan berkaitan perancangan awal untuk melaksanakan usrah.
Usrah akan dilaksanakan dengan menggunakan Modul Usrah Pelajar Mithali. Modul ini digubal khusus untuk memenuhi keperluan dan menepati realiti pelajar di MRSM.
Naqib dan Naqibah seterusnya dibimbing untuk merangka "Usrah Plan" iaitu panduan secara langkah demi langkah untuk melaksanakan sesi usrah dengan cekap dan berkesan.
Para Naqib dan Naqibah dipecahkan dalam beberapa kumpulan kecil dan diberikan tugasan untuk menggubal "Usrah Plan" berdasarkan tajuk yang telah ditetapkan.
Seterusnya setiap kumpulan diberikan peluang untuk membuat perkongsian dengan membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing. Pembentangan dibuat dengan menggunakan pendekatan Peta Minda.
Pembentangan ini memberi peluang untuk para Naqib dan Naqibah bukan sahaja membiasakan diri untuk mengendalikan usrah, bahkan dapat berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan dengan tajuk-tajuk yang dibentangkan oleh rakan-rakan yang lain.
Kami doakan program usrah yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga pelajar di MRSM Jeli bukan sahaja cemerlang aspek akademik, malahan turut cemerlang sahsiahnya.
Setinggi-tinggi penghargaan buat pihak pentadbir MRSM Jeli dan juga para Ustaz dan Ustazah yang bertungkus lumus menjayakan Bengkel TOT.