Wednesday

Kursus Metodologi & Komunikasi Dakwah Guru Takmir Kelantan, 14 September 2015


Alhamdulillah dapat melaksanakan amanah mengendalikan slot-slot pada hari kedua Kursus Metodologi & Komunikasi Dakwah bersama-sama dengan guru-guru takmir daripada seluruh negeri Kelantan.


Perbincangan dimulakan dengan memfokuskan pada realiti-realiti semasa yang perlu dihadapi oleh pendakwah, khususnya perubahan dan kemodenan segi wasilah serta alat informasi dan juga komunikasi

Seterusnya para peserta dibahagikan ke dalam kumpulan kecil untuk sesi bengkel yang memfokuskan perbincangan berkaitan isu-isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru takmir di medan dakwah. Bengkel dikendalikan menggunakan pendekatan ulasan artikel terpilih.




Sesi petang fokuskan untuk menggilap keupayaan dan kemampuan para peserta dalam kemahiran penyampaian atau komunikasi secara berkesan. Slot ini menggunakan pendekatan analisis klip video penceramah ikon. 10 elemen utama penyampaikan berkesan dijadikan topik perbincangan.




Diskusi dalam bengkel yang terakhir pada sebelah malam difokuskan untuk menggubal pelan tindakan penambahbaikan diri untuk menjadi Guru Takmir Mithali. Pada masa yang sama turut menggariskan "Do's and Don'ts dalam Dakwah" untuk dijadikan sebagai panduan bersama.




Sebagaimana bengkel yang sebelumnya, setiap kumpulan diberikan peluang untuk membentangkan isi-isi utama hasil perbincangan masing-masing untuk dikongsi kebaikannya bersama dengan kumpulan yang lain.



Setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Ameer Azeezy Abu Abdullah dan Tim PPMJ yang memudahcara program dengan sangat profesional dan penuh dedikasi. Semoga usaha kita ini dapat menyemarakkan lagi usaha dakwah dalam masyarakat insyaAllah.

No comments:

Post a Comment