Monday

Bengkel TOT Pekerja Belia, 16-17 Mac 2016

Alhamdulillah amanah untuk menjayakan Bengkel TOT Pekerja Belia telah dapat dilaksanakan bersama dengan tim gabungan iaitu Encik Mohd Affendi Othman, Perunding Utama AtTayseer Solutions.

Bengkel TOT ini bertemakan "Pemerkasaan Profesionalisme Dan Kemahiran Methodologi Dakwah" telah berlangsung selama dua hari satu malam. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan tahap kemampuan peserta melaksanakan amanah dengan profesional serta menguasai kaedah dan pendekatan dakwah bersifat kontemporari.


Pada sesi pertama, para peserta berkongsi harapan dan jangkaan mereka terhadap Bengkel TOT yang dihadiri. Pada masa yang sama menyingkap latar belakang penglibatan mereka dalam bidang ini.


Sesi seterusnya membincangkan aspek profesionalisme dari perspektif Islam dengan menyingkap dan mengambil iktibar daripada kisah-kisah daripada Al-Quran. Antaranya kisah Nabi Musa, kisah Nabi Yusuf dan kisah Raja Talut.

Sesi seterusnya ialah memfokuskan pada kemahiran membuat analisis karakter. Peserta dilatih untuk mengenalpasti karakter diri sendiri. Kemahiran ini juga akan digunakan untuk mengenalpasti karakter klien atau sasaran dakwah.


Pada sebelah petang, aktiviti perbincangan santai berkisar pada fokus minda cakna inspirasi alam dilaksanakan di tepi pantai. Selain merehatkan minda, udara dan angin laut yang bertiup mewujudkan kesegaran pada peserta.


Sesi sebelah malam pula difokuskan pada aktiviti perkongsian pengalaman di kalangan peserta. Perkongsian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan terbaik yang boleh dicontohi apabila menghadapi situasi atau cabaran yang sama.


Alhamdulillah, Al Fadhil Ustaz Muhamad Hilmie Hj Mat Daud iaitu pegawai daripada Jabatan Agama sudi untuk turut serta menjayakan sesi perkongsian pengalaman ini. 


Hari kedua bermula dengan solat subuh secara berjamaah. Aktiviti seterusnya ialah pengembaraan minda bertujuan untuk membawa peserta mengimbau kembali asal usul kejadian mereka. Seterusnya mereka juga dibimbing untuk meninjau dan meneroka masa hadapan yang bakal mereka lalui.


Seterusnya para peserta dipecahkan mengikut kumpulan untuk menyempurnakan tugasan menggubal pelan tindakan. Setiap kumpulan diberikan tajuk yang khusus untuk dibincangkan bersama ahli kumpulan masing-masing.


Setiap kumpulan diberikan peluang untuk membentangkan idea dan hasil perbincangan kumpulan masing-masing. Audien pula diberikan peluang untuk memberi respon pada pembentangan  setiap kumpulan sama ada berbentuk persoalan, pendapat atau cadangan.



Hasil pembentangan semua kumpulan dirumuskan menjadi resolusi atau cadangan tindakan untuk Bengkel TOT ini.



Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Al Fadhil Ustaz Anuar Al Sadat iaitu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAHEAIK. Turut hadir ialah Encik Azimi iatu pegawai daripada Jabatan Belia & Sukan Negeri Kelantan.

Kami mendoakan para peserta sekalian dipermudahkan urusan dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang besar ini.

No comments:

Post a Comment