Showing posts with label personaliti pelajar cemerlang. Show all posts
Showing posts with label personaliti pelajar cemerlang. Show all posts

Friday

Bengkel Bagaimana Membentuk Personaliti Pelajar Cemerlang, 19 November 2016

Alhamdulillah dapat menyempurnakan bengkel bersama-sama pelajar SK Pahi Kuala Krai. Peserta terdiri daripada pelajar darjah 4, 5 dan 6.


Sesi bengkel dimulakan dengan beberapa aktiviti untuk merangsang integrasi otak kanan dan otak kira para peserta.


Peserta juga di dedahkan pada kemahiran merancang dan membina matlamat diri dengan menggunakan Kaedah Kanvas Model Berlian.


Bagi menggalakkan penglibatan secara aktif setiap peserta dalam aktiviti yang dijalankan, mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil.


Setiap kumpulan diberikan tajuk dan tugasan untuk disiapkan bersama-sama dalam kumpulan masing-masing.


Hasil perbincangan dalam kumpulan perlu dicatat sebagai persediaan untuk membuat pembentangan dalam sesi perkongsian bersama rakan-rakan yang lain.


Setiap kumpulan dibekalkan dengan kertas majong dan pen marker warna untuk memudahkan mereka menyiapkan bahan pembentangan.


Pada bahagian terakhir bengkel, setiap kumpulan diberikan peluang untuk berkongsi hasil perbincangan mereka menerusi aktiviti pembentangan.



Bagi meneguhkan tahap keberanian dan keyakinan peserta untuk membuat pengucapan awam semasa sesi pembentangan, semua ahli kumpulan diminta untuk bersama-sama ke hadapan.



Alhamdulillah, walaupun baharu sahaja didedahkan pada kaedah Kanvas Model Berlian, para peserta dalam melakarnya dengan baik.


Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah di atas kesudian untuk bekerjasama menjayakan bengkel untuk pelajar.Apresiasi khusus kepada Sir Zamri Yusof sebagai penyelaras program yang bertungkus lumus menjayakan program.



Saturday

Bagaimana Membentuk Personaliti Pelajar Cemerlang UPSR & Tips Kejayaan UPSR, 20 Jan 2016


Alhamdulillah dapat bersama-sama dengan calon-calon UPSR Sekolah Kebangsaan Batu Melintang, Jeli dalam program motivasi pelajar UPSR.


Lokasi SKBM yang terletak berhampiran dengan Gunung Reng sungguh mendamaikan. Fokus perbincangan program ini ialah bagaimana kaedah untuk membentuk personaliti pelajar cemerlang khususnya dalam peperiksaan UPSR nanti.

Pelajar didedahkan dengan konsep multi kepintaran (multiple intelligent) iaitu setiap seorang individu mempunyai kelebihan dan kepintarannya sendiri. Kepintaran ini mesti dikenalpasti untuk membolehkan potensi sebenar pelajar dicungkil dan digilap.

Seterusnya para pelajar dibimbing untuk merangka pelan tindakan sebagai pelajar cemerlang dengan menggunakan pendekatan Kanvas Model Berlian (Diamond Model Canvas). Aktiviti menggubal pelan tindakan ini dilaksanakan secara berkumpulan.

Pada penghujung slot, setiap kumpulan diberikan peluang untuk membentangkan hasil idea dan perbincangan kumpulan masing-masing dengan menggunakan lakaran Kanvas Model Berlian yang telah dibuat di atas kertas majong.

Walaupun pelajar ini masih muda dan berada di peringkat sekolah rendah, namun hasil pembentangan mereka sangat baik. Setiap elemen Kanvas Model Berlian berjaya dihayati oleh setiap kumpulan yang membuat pembentangan.

Sebagai bekalan untuk menempuh pelbagai cabaran demi menggapai sebuah kejayaan, saya tinggalkan "Kunci Kejayaan" sebagai buat mereka. Lima kunci ini menjadi prasyarat utama untuk mencapai kejayaan yang sebenar.

Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada pihak pentadbir SKBM khususnya Tuan Guru Besar dan juga Ustaz dan Ustazah serta para guru yang bertungkus lumus untuk sama-sama menjayakan program yang telah dirancang dengan lancar.

Saya mendoakan para pelajar SKBM dipermudahkan oleh Allah SWT untuk mencapai kejayaan yang dihajati dan seterusnya mendapat keberkatan serta kebahagiaan di dunia dan akhirat.