Friday

Bengkel Remaja Generasi Al Quran, 25 November 2014

Alhamdulillah amanah sebagai pemudahcara untuk Bengkel Remaja Generasi Al Quran anjuran Pejabat Agama Jajahan Machang berjaya dilaksanakan.

Peserta didedahkan pada keistimewaan-keistimewaan yang terdapat pada Al Quran dengan menggunakan pendekatan kuiz uji minda.
Peserta juga didedahkan dengan pengiktibaran daripada surah-surah pilihan dengan menggunakan kaedah cerita berantai yang dijadikan sebagai aktiviti berkumpulan.
Bengkel diserikan lagi dengan kehadiran Al Fadhil YB Hj Mohd Roseli Ismail yang membuat perkongsian ilmu dan seterusnya merasmikan bengkel.

Penganjuran bengkel telah mendapat liputan daripada akhbar Sinar Harian edisi Kelantan pada hari yang berikutnya.


No comments:

Post a Comment