Wednesday

Bengkel Kemahiran ASAS PEMETAAN MINDA, 30 November 2016

Alhamdulillah Bengkel Kemahiran ASAS PEMETAAN MINDA telah dapat dilaksanakan dengan jaya bertempat di AlFalah Training Centre (ATC), Kota Bharu.


Pelbagai aktiviti dilaksanakan untuk merangsang daya kreativiti peserta dan pada masa yang sama dapat meningkatkan integrasi otak kanan dan otak kiri.


Aktiviti dijalankan dalam bentuk kumpulan kecil untuk menggalakkan para peserta berkomunikasi dan bertukar-tukar fikiran sesama mereka.


Selain nota padat peta minda, para peserta juga dibekalkan dengan alat tulis termasuk set marker warna untuk membuat lakaran pemetaan minda.


Peserta juga dibimbing untuk melakukan aktiviti senaman otak (brain gym) ringkas untuk meningkatkan potensi otak.



Pendedahan pada topik keajaiban otak manusia bertujuan memberi kesedaran kepada para peserta potensi sebenar otak manusia yang boleh diterokai.


Para peserta juga diberikan kesedaran untuk menjaga kesihatan otak khususnya daripada aspek pemakanan. Justeru, para peserta diberikan peluang untuk merasa sendiri makanan yang sesuai untuk otak (brain foods). Kit brain foods menjadi peneman peserta untuk meneruskan sesi petang.


Peserta diberikan tugasan secara individu untuk membuat lakaran pemetaan minda masing-masing pada kertas bersaiz A4 yang dibekalkan.


Setiap tugasan peserta akan mendapat komentar dan cadangan penambahbaikan secara terbuka. Pendekatan ini membuka peluang untuk peserta lain turut belajar dan mendapat manfaat.


Solat Zohor dan Asar merupakan sebahagian daripada aktiviti bengkel. Alhamdulillah kami dapat sama-sama menunaikannya secara berjamaah.


Slot terakhir ialah sesi penyampaian sijil kepada setiap peserta dan juga sesi bergambar beramai-ramai.





Kami doakan semua peserta mendapat manfaat daripada perkongsian dalam bengkel ini. Yakinlah bahawa kemahiran Pemetaan Minda merupakan salah satu mekanisme berkesan untuk membentuk kemahiran berfikir aras tinggi.



No comments:

Post a Comment