Thursday

Bengkel Kemahiran Pengurusan Sumber Keluarga: Masjid Ayesha Kok Lanas 25 Feb 2017

Alhamdulillah Bengkel Kemahiran Pengurusan Sumber Keluarga telah dilaksanakan di Masjid Ayesha Kok Lanas. 


Bertuah penduduk di kawasan ini kerana mempunyai sebuah masjid yang indah serta lengkap dengan pelbagai kemudahan.


Program bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang.


Sesi awal dimulakan oleh Al Fadhil Ustaz Abdullah Hashim, Imam Masjid Ayesha Kok Lanas yang menyebut berkaitan kepentingan untuk umat Islam menguasai kemahiran sumber keluarga dan juga pengurusan masa.


Pihak penganjur telah berbesar hati untuk menaja Planner Peribadi WMS untuk dimiliki oleh setiap orang peserta.


Sesi bengkel dilaksanakan secara interaktif melibatkan penerangan daripada pengendali bengkel dan juga respons daripada peserta bengkel.


Semoga segala input yang dibincangkan dalam bengkel dapat dimanfaatkan oleh para peserta untuk meningkatkan keberkesanan dalam pengurusan sumber keluarga masing-masing insyaAllah.

Perunding Wise Maneuver Solution merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada pihak Masjid Ayesha Kok Lanas di atas kerjasama penganjuran bengkel ini.

No comments:

Post a Comment