Sunday

Kursus Pengurusan Kewangan Berlandaskan Syariah 18 Mac 2014

Alhamdulillah Wise Maneuver Solution telah menerima jemputan daripada pihak Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) untuk mengendalikan salah satu sesi dalam Kursus Pengurusan Kewangan Berlandaskan Syariah. Kursus ini telah diadakan pada 18 Mac 2014 bertempat di ILIM. Tajuk yang diamanahkan ialah Wang: Konsep & Isu Berkaitan.
Profil Syarikat & Nota Kursus
Perunding Utama WMS sedang mengendalikan sesi
Muka depan nota peserta
Peserta diberikan penerangan proses evolusi yang telah berlaku terhadap wang sejak dari zaman sistem pertukaran atau barter diamalkan sehinggalah ke zaman transaksi secara dalam talian. Kefahaman pada proses dan fasa perkembangan ini boleh membantu peserta memahami dengan lebih mendalam faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan wang.

Proses evolusi wang
Peserta didedahkan berkaitan sejarah dan latar belakang peristiwa yang membawa pada terciptanya wang fiat yang digunakan sehingga sekarang termasuklah di Malaysia. Peristiwa penting yang difokuskan ialah Sistem Bretton Woods dan juga peristiwa Nixon Shock yang telah merubah landskap kewangan dunia. Rentetan sejarah dan peristiwa perubahan ini boleh membantu peserta memahami realiti dan keadaan sebenar sistem kewangan yang sedang kita praktikkan pada masa sekarang dan apakah risiko-risiko yang boleh memberi kesan negatif kepada kita sebagai pengguna wang fiat.

Sejarah wang fiat
Peserta juga dikongsikan dengan beberapa idea alternatif dalam pengurusan kewangan, antaranya ialah memanfaatkan kelebihan emas dan juga kemudahan institusi Ar Rahn sebagai mekanisme untuk pinjaman mikrokredit.
Membaca sumber ilmu pengetahuan
Pada masa yang sama diberi peringatan dengan salah satu cabaran utama yang perlu diwaspadai iaitu cabaran MUFLIS. Data dan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia menunjukkan tahap keseriusan cabaran ini terhadap rakyat Malaysia.

Statistik muflis di Malaysia
Peserta juga diseru untuk sentiasa berusaha dan berikhtiar untuk menguruskan kewangan secara berhemah dengan cara menilai dan menyemak kembali setiap tindakan dan amalan yang dibuat. Ilmu merupakan kunci utama untuk meneroka kaedah pengurusan kewangan yang lebih baik. Proses penambahbaikan secara berterusan pula, akan meminimumkan ancaman dari perkara-perkara yang boleh memberi kesan tidak baik terhadap status kewangan kita.

Usaha dan ikhtiar yang perlu diberi perhatian
Kami mendoakan semua peserta mendapat manfaat dari segala perkongsian ilmu dan pengalaman untuk menguruskan kewangan secara berhemah.

No comments:

Post a Comment