Monday

Kursus Pengukuhan Profesionalisme Kerja Warga MOA, 12 Mac 2015

Alhamdulillah kursus untuk warga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dapat dijayakan dengan sempurna. Tahniah kepada wakil kementerian dari seluruh negara yang berkumpul di Wisma Tani Putrajaya untuk bersama-sama dalam program ini.
Terima kasih kepada Tuan Mohd Affendi Othman (Perunding Utama, At Tayseer Solutions) yang sudi untuk bersama dalam Tim Gabungan Mekanik Perubahan Sikap (MePS) dalam menjayakan kursus ini.
Peserta dibahagikan mengikut kumpulan kecil untuk memudahkan aktiviti secara berkumpulan dilaksanakan.
Antara fokus utama pengisian ialah konsep dan kaedah untuk memperoleh berkat dalam melaksanakan tugasan dan kerja harian.
Peserta juga dibimbing kaedah untuk memupuk budaya kerja secara profesional dalam melaksanakan amanah sebagai penjawat awam.
Sebagai kesimpulan, peserta dibimbing untuk melakar dan menggubal pelan tindakan diri untuk meningkatkan potensi secara berstruktur dan sistematik. Kaedah yang digunakan untuk melakar pelan tindakan peribadi ialah Kanvas Model Berlian (KMB)






No comments:

Post a Comment