Monday

Iktibar Peristiwa Israk Mikraj, SMU(A) Nurul Ittifak Pasir Puteh, 28 Mei 2015

Alhamdulillah dapat menyempurnakan amanah membuat perkongsian dalam tajuk "Iktibar Peristiwa Israk Mikraj" bersama-sama dengan pelajar SMU(A) Nurul Ittifak, Pasir Puteh, Kelantan.


Sejarah Israk Mikraj dikupas berdasarkan perspektif Al Quran dan Al Hadis iaitu peristiwa yang telah dialami oleh Nabi Muhammad SAW. Bermula dengan perjalanan Nabi SAW daripada Masjidil Haram di Mekah sehinggalah Baginda SAW naik ke Sidratul Muntaha menerima pensyariatan solat lima waktu daripada Allah SWT.




Perkongsian pengalaman ziarah kerja ke Baitul Maqdis, Palestin pada tahun 2012 dibuat untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada pelajar keadaan sebenar Masjid Al Aqsa. Pada masa yang sama menunjukkan contoh salah faham dan kekeliruan yang berlaku dalam memahami takrifan dan kedudukan Masjid Al Aqsa.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada saf pendidik di SMU(A) Nurul Ittifak di atas kesungguhan dan dedikasi menjayakan program, khususnya kepada Al Fadhil Ustaz Haji Nazri Ismail sebagai penyelaras program. Saya mendoakan kita semua mendapat iktibar yang bermanfaat daripada peristiwa ini.



No comments:

Post a Comment