Monday

Bengkel Remaja Generasi Al Quran Masjid Mukim Jakar, Machang 4 Jun 2015


Alhamdulillah dapat menyempurnakan Bengkel Remaja Generasi Al Quran di Masjid Mukim Jakar, Machang. Bengkel anjuran Pejabat Agama Jajahan Machang (PAJM) khusus untuk remaja di Mukim Jakar sebagai pengisian sempena cuti sekolah.

Antara fokus utama bengkel ialah tahsin (memperelok) bacaan Surah Al Fatihah dan juga beberapa bacaan dalam solat. Aktiviti ini dijalankan menggunakan pendekatan berkumpulan bagi membolehkan peserta bantu membantu memperelokkan bacaan masing-masing.


Kuiz Al Quran juga diadakan sebagai salah satu cara untuk memperkukuhkan ilmu dan pengetahuan peserta berkaitan Al Quran.

Pada penghujung bengkel, peserta bersama-sama melafazkan ikrar sebagai pengukuh keazaman untuk meneruskan usaha mendalami ilmu dan kemahiran dalam bidang Al Quran.

Setinggi-tinggi penghargaan buat pihak Tuan Imam dan saf pengurusan Masjid Mukim Jakar di atas kerjasama yang diberikan. Tidak lupa juag buat sahabat-sahabat warga PAJM yang turut sama bertungkus lumus menjayakan program dengan penuh dedikasi.



No comments:

Post a Comment