Wednesday

Bengkel Motivasi Remaja Iman, GDW Laklok Machang 7 Jun 2015


Alhamdulillah dapat menyempurnakan amanah mengendalikan Bengkel Motivasi Remaja Iman di Dewan Komuniti GDW Laklok Machang. Bengkel anjuran Pejabat Agama Jajahan Machang ini dikhususkan untuk remaja di sekitar kawasan Laklok Machang sempena dengan cuti persekolahan.


Slot pembukaan telah dikendalikan oleh Al Fadhil Ustaz Hilmi Zakaria, Pegawai Dakwah PAJM. Beliau mengupas ciri-ciri untuk menjadikan diri sebagai seorang remaja beriman dan pelbagai cabaran yang bakal dihadapi.


Bengkel diteruskan dengan aktiviti berkumpulan iaitu latihan kemahiran menggubal perancangan untuk mencapai matlamat diri. Kaedah “Kanvas Model Berlian” (KMB) dijadikan sebagai medium untuk membiasakan peserta membuat perancangan.


Tahap kreativiti peserta terserlah apabila ada kumpulan yang memaklumkan mahu melakukan nilai tambah pada kaedah KMB. Mereka bercadang menggubakan kaedah “Hibiscus” (Bunga Raya). Saya mengalu-alukan keinginan mereka dan tertunggu-tunggu apakah hasilnya.



Seterusnya setiap kumpulan diberikan peluang untuk membentangkan hasil kerja kumpulan mereka di hadapan kawan-kawan yang lain. Pada akhir setiap pembentangan saya akan memberikan komentar dan ulasan untuk penambahbaikan.





Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan GDW Laklok di atas kerjasama yang diberikan. Tidak lupa juga kepada warga PAJM yang turut sama bertungkus lumus untuk menjayakan program.



No comments:

Post a Comment