Friday

Bengkel Bagaimana Membentuk Personaliti Pelajar Cemerlang, 19 November 2016

Alhamdulillah dapat menyempurnakan bengkel bersama-sama pelajar SK Pahi Kuala Krai. Peserta terdiri daripada pelajar darjah 4, 5 dan 6.


Sesi bengkel dimulakan dengan beberapa aktiviti untuk merangsang integrasi otak kanan dan otak kira para peserta.


Peserta juga di dedahkan pada kemahiran merancang dan membina matlamat diri dengan menggunakan Kaedah Kanvas Model Berlian.


Bagi menggalakkan penglibatan secara aktif setiap peserta dalam aktiviti yang dijalankan, mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil.


Setiap kumpulan diberikan tajuk dan tugasan untuk disiapkan bersama-sama dalam kumpulan masing-masing.


Hasil perbincangan dalam kumpulan perlu dicatat sebagai persediaan untuk membuat pembentangan dalam sesi perkongsian bersama rakan-rakan yang lain.


Setiap kumpulan dibekalkan dengan kertas majong dan pen marker warna untuk memudahkan mereka menyiapkan bahan pembentangan.


Pada bahagian terakhir bengkel, setiap kumpulan diberikan peluang untuk berkongsi hasil perbincangan mereka menerusi aktiviti pembentangan.



Bagi meneguhkan tahap keberanian dan keyakinan peserta untuk membuat pengucapan awam semasa sesi pembentangan, semua ahli kumpulan diminta untuk bersama-sama ke hadapan.



Alhamdulillah, walaupun baharu sahaja didedahkan pada kaedah Kanvas Model Berlian, para peserta dalam melakarnya dengan baik.


Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah di atas kesudian untuk bekerjasama menjayakan bengkel untuk pelajar.Apresiasi khusus kepada Sir Zamri Yusof sebagai penyelaras program yang bertungkus lumus menjayakan program.



No comments:

Post a Comment