Tuesday

Program Pembangunan NGO Negeri Perak: Kemahiran Fund Raising, 12 - 13 November 2016


Alhamdulillah dapat menyempurnakan jemputan daripada IYAAZ Solution untuk menjayakan Program Pembangunan Kapasiti NGO Negeri Perak. Program anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) ini telah dilaksanakan di Pusat Latihan IDR, Ipoh Perak.


Program diterajui oleh Tuan Wan Mohd Jeffri W.Ibrahim selaku Perunding Utama IYAAZ Solution bersama rakan gandingan iaitu Tuan Mohd Affendi Othman selaku Perunding Utama AtTayseer Solutions.


Saya telah diamanahkan untuk mengendalikan Slot Pendekatan Kreatif, Konstruktif  & Kritikal Dalam Menjana Idea Fund Raising Yang Berjaya pada hari pertama program.


Seterusnya mengendalikan Slot Memperkasa Profesionalisme Pengurusan Fund Raising pada hari kedua program.


Antara fokus utama yang dibincangkan ialah berkaitan dengan penyediaan Kertas Cadangan dan juga penyediaan Bajet untuk NGO. 






Peserta daripada latar belakang berbeza dan mewakili pelbagai NGO. Kebanyakannya turut memegang jawatan utama dalam sektor awam dan swasta.







Hasil cetusan idea dan perbincangan digarap dalam bentuk rumusan untuk dibentangkan kepada audien. 


Peserta diberikan ruang untuk mengadakan sesi percambahan fikiran dan diskusi untuk membolehkan perkongsian pengalaman dan pertukaran kepakaran dibuat.




Peserta juga diberikan peluang untuk berkongsi idea dan hasil perbincangan untuk mendapat maklum balas dan penambahbaikan.


Kami mendoakan semua NGO dapat mengukuhkan kapasiti masing-masing untuk memastikan segala objektif dan perancangan yang telah disusun dalam Pelan Tindakan Strategik NGO 2016 - 2020 Negeri Perak dapat direalisasikan dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment